Deadline | 23 April 2022 |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | Local |
PERMOHONAN BANTUAN PENDAFTA|
?
?
?
?
?
SYARAT AM PERMOHONAN
?
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
- Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ;
- Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
- Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
- Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
- Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.
?
?
?
DOKUMEN WAJIB
?
- Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
- Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja?sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca?pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang?Pengesahan Pendapatan.
?
Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
?
CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN
?
A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ
- Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
- Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.
B) KAEDAH POS
- Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
- Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
- Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.
- Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
- Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.